Sunday, September 26, 2010

cara membuat rumusan ^__^

CONTOH RUMUSAN
Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis rumusan tentang langkah-langkah mengatasi masalah kekurangan bekalan air dan kesan mengabaikannya. Panjangnya rumusan anda hendaklah antara 100 hingga 120 patah perkataan.
 
 Masalah bekalan air yang berlaku baru-baru ini amat membimbangkan semua pihak. Memang benar adalah di luar kemampuan manusia untuk menghalang bencana alam seperti ‘El Nino’ yang menyebabkan kita kekurangan air. Namun demikian, kemarau bukanlah satu-satunya penyebab yang mengeringkan tangki dan paip air di rumah kita.
 Ketika kita terlalu ghairah untuk melaksanakan projek pembangunan , kita semakin lalai dan kurang prihatin terhadap sungai yang menjadi sumber utama kehidupan. Kegiatan perindustrian yang dijalankan telah banyak menyebabkan sungai tercemar oleh buangan sisa-sisa toksik. Dalam waktu yang sama tidak henti-henti kita menebang hutan dan meratakan bukit; semuanya atas nama pembangunan, sehinggakan berlaku penghakisan secara besar-besaran dan memberikan kesan buruk terhadap kelembapan bumi kita. Sementara masih ada sungai dan anak-anak sungai yang dapat mengalirkan air jernih untuk diminum, kita seharusnya (memelihara sumber air ini. Kesedaran tentang pentingnya memelihara sungai dan sumber-sumber air yang lain mesti ditanamkan di jiwa setiap orang, khasnya para pemaju projek. Pihak berkuasa seharusnya lebih peka dan prihatin sebelum meluluskan sesuatu projek pembangunan terutamanya yang melibatkan penebangan hutan.
 Majlis Air Negara yang ditubuhkan perlu menyelaraskan pentadbiran air di seluruh negara. Di samping itu, kita perlu juga meneroka teknologi canggih yang akan berupaya memproses air secara lebih baik. Bagi penduduk luar bandar, air dapat diperoleh dengan mudah menerusi perigi. Oleh yang demikian, mereka bebas menggunakan air semahu-mahunya dan sebanyak-banyaknya. Bagaimanapun, bagi penduduk di bandar khususnya, mereka tidak seharusnya menggunakan air mengikut sekehendak hati. Kempen penjimatan air perlu dilakukan menerusi media massa dan penguatkuasaan bagi menimbulkan kesedaran kepada semua pihak tentang peri pentingnya penggunaan air secara berhemat perlu dilaksanakan. Dengan cara ini kita akan lebih berhati-hati menggunakan air, di samping dapat mengurangkan bebanan pihak berkuasa untuk mengurus sumber dan bekalan air.
 Dalam keghairahan mengejar kemajuan dan kemewahan, kita tidak seharusnya merosakkan alam yang berkait rapat dengan kehidupan kita. Pemeliharaan alam sekitar hendaklah diseimbangkan dengan pembangunan yang dilaksanakan. Pihak pemaju dan penguat kuasa perlu memastikan sumber semula jadi yang membekalkan air tidak musnah. Jika sumber ini dimusnahkan, kita mungkin akan mati kekeringan.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana editor bertajuk Jangan Musnahkan Sumber Air kerana Pembangunan, Dewan Masyarakat, Mei 1998)


1) baca arahan. arahan soalan ni kan kata buat rumusan mengenai langkah2.
2) Cari isi tersurat sebanyak yg boleh.. max6 isi (wajib) kalau kurang dari  6 masa nak sertakan isi tersirat korang kena bg lebih. sebab koata memang 8 isi HARAP MAKLUM :)
3) ntuk pastikan korang dpt markah penuh (2M) pada bahagian pendahuluan.. pastikan korang tukar beberapa perkataan dr soalan 2 dan tambah sikit pendahuluan itu dengan perkataan di negara kita o apa2 je..kalau tak dapat 1markah saja.paling teruk 0
SOALAN:
langkah-langkah mengatasi masalah kekurangan bekalan air         
  CONTOH JAWAPAN;
  cara-cara/kaedah-kaedah ?membendung masalah kepincangan bekalan air di negara kita

4) rumusan yang berkualiti mestilah ada penanda wacana.Penanda wacana berfungsi untuk memberi kesinambungan pada ayat cth: Walaubagaimana pun,selain itu (GUNA MENGIKUT KESESUAIAN)
5)Rumusan boleh dibuat dalam 1perenggan.tapi lebih baik kalau buat dalam 3perenggan.
    1)pendahuluan
    2)isi tersurat
    3)isi tersirat
6)senaraikan isi tersirat yang bertepatan dengan kehendak soalan
7) Untuk pendahuluan..mulakan dengan perkataan kesimpulan/konklusinya/intihanya

   CONTOH: Kesimpulannya, kerjasama dari semua pihak diperlukan agar masalh bekalan air dapat diatasi

8)perkataan agar/supaya/bagi wajib ada dalam penutup.kalau tak,markah 1 sje.. =)
9) Kira jumlah perkataan rumusan.semak rumusan selesai !!1

No comments:

Post a Comment